Dalam ibadah puasa Ramadan, Rasulullah telah .menunjukkan teladan
yang terbaik untuk diikuti oleh umatnya. Rasulullah Shalallaahu 'Alayhi Wasallam bersabda dalam
sebuah hadis baginda yang bermaksud
“Apabila seorang dari kamu sekelian berpuasa, maka janganlah ia berkata
kotor dan berteri cmak. Bila dicela orang lain atau dimusuhi, maka
katakanlah- sesungguhnya aku ini sedang berpuasa.”
Sebagaimana penjelasan baginda Rasulullah sendiri bahawa orang yang
berpuasa itu pada hari kiamat nanti bau mulutnya akan lebih harum dari
bau kasturi.
Dalam penyempurnaan ibadat puasa Ramadan, beberapa langkah yang telah diambil oleh baginda antaranya ialah:
* Memantapkan niat – Nabi Shalallaahu 'Alayhi Wasallam bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang
tidak menetapkan akan berpuasa sebelum fajar, maka tidak sah puasanya.”
(riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
* Melaksanakan makan sahur – Anas bin Malik r.a. telah berkata telah
bersabda Rasululla Shalallaahu 'Alayhi Wasallam. yang bermaksud: Sahurlah kamu sekelian,
sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkatannya. (riwayat Muslim).
Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani yang dimaksudkan dengan berkat itu
adalah ganjaran pahala dari Allah. Sahur akan menguatkan lagi semangat
dalam berpuasa serta dapat membantu seseorang itu untuk melakukan apa
juga bentuk ibadat sepanjang ibadat puasa dilaksanakan.
* Imsak Rasulullah – Rasululalh Shalallaahu 'Alayhi Wasallam. bersabda : “Apabila salah
seorang dari kamu mendengar azan subuh padahal bekas minuman masih di
tangannya, maka janganlah ia meletakkannya sehingga dia menyelesaikan
meminumnya”. (riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).
Keadaan yang digambarkan oleh hadis tersebut ialah kepada seseorang yang terlewat ketika bangun untuk makan sahur.
* Mempercepat berbuka – Sahl bin Saad berkata sesungguhnya Rasulullah
Shalallaahu 'Alayhi Wasallam telah bersabda: Telah berfirman Allah Subhanahu wa Ta'ala: “Hamba-hamba-Ku yang
lebih aku cintai ialah mereka yang segera berbuka puasa bila tiba
masanya”. (riwayat Tirmizi dan Abu Hurairah).
* Memperbanyak membaca al-Quran – Rasulullah Shalallaahu 'Alayhi Wasallam bersabda yang
bermaksud: Orang yang berkumpul di masjid dan membaca al-Quran, maka
kepada mereka Allah akan menurunkan kelemahan batin dan limpahan rahmat.
(riwayat Muslim).
Barang siapa yang membaca satu huruf al-Quran, maka pahala untuknya sepuluh kali ganda.
Namun membaca dalam konteks hadis di atas adalah ketenangan dan
limpahan rahmat akan lebih mudah dicapai bila tadarus diertikan dengan
mempelajari, menelaah dan menikmati al-Quran.
* Memperbanyakkan sedekah – Sedekah yang paling utama adalah sedekah
pada bulan Ramadan. Bersedekah bukan hanya memberi wang, tetapi
termasuklah mengajak orang lain berbuka puasa di rumah kita terutama
kepada golongan fakir miskin.
Orang yang berpuasa wajib meninggalkan akhlak yang buruk.Segala
tingkah laku mestilah mencerminkan budi yang luhur dengan menjauhi
kelakuan tidak sopan seperti mengumpat, mengeji dan sebagainya sehingga
membawa kepada Allah tidak menerima amalan puasanya itu.
Rugi rasanya jika kita membiarkan Ramadan yang sedang kita tempuhi
ini berlalu begitu saja sedangkan ganjaran yang sedang menanti adalah
terlalu banyak.
Lakukan sesuatu yang terbaik di sisi Allah kerana pada setiap malam
bulan Ramadan ada suara yang memanggil: “Wahai orang yang melakukan
kebajikan terus tingkatkan apa yang kamu lakukan itu. Wahai orang yang
lalai, hentikanlah segera akan kelalaian yang sedang engkau lakukan.
Mudah-mudahan Allah akan menunjukkan kita semua jalan yang lurus,
menghapuskan dosa dan memasukkan kita dalam golongan manusia yang bebas
dari api neraka.”
* persaudaraan muslimah
Tidak ada komentar:
Posting Komentar